Kelebihan Samsung Galaxy Note 3

note 3_tekno247Samsung Galaxy Note 3 pada skrin 5.7 inci, dengan definisi tinggi, besar sedikit dari Note 2 sebelumnya 5.5-inci paparan. Walaupun skrin yang lebih besar, Note 3 adalah lebih nipis dan ringan, berukuran 8.3mm dan berat hanya 168g. Ia mudah untuk memegang dalam satu tangan serta belakang peranti yang mempunyai testur kulit menjadikan ia tidak mudah luncur dari tangan anda.

Note 3 terdapat S Pen stylus memberikan anda kawalan yang lebih halus. Pada pemproses 2.3GHz dengan 3GB RAM dan bateri 3200 mAh dapat memberikan anda kepuasan untuk menggunakannya sepanjang hari. Peranti ini juga mempunyai sambungan 4G LTE untuk menyambung kepada Internet pada kelajuan yang tinggi.

PERISIAN
Galaxy Note 3 pada Android 4.3  Jelly Bean, serta antara muka TouchWiz Samsung. Terdapat ciri-ciri perisian yang ada pada Galaxy S4 pada Note 3 seperti Samsung Smart Scroll, Samsung Smart Pause, Air Gesture, Air View dan lain-lain lagi. Antara yang lainnya, seperti voice control yang membolehkan anda untuk membangunkan telefon bimbit anda tanpa menggunakan tangan serta membantu anda menjawap panggilan dengan perisian S Voice Hands Free. Terdapat fungsi-fungsi lain seperti Samsung KNOX untuk keselamatan dan banyak lagi yang menjadikannya menarik.
S Pen
Kelebihan Note 3 pada S Pen stylus yang diberi peningkatan yang lebih baik. Keupayaan S Pen, menjadikannya daripada aksesori kepada keperluan utama. Sebaik sahaja anda mencabut S Pen dari Note 3, muncul pada skrin Air Command. Pada S Pen itu sendiri terdapat butang untuk memanggil Air Command sekiranya diperlukan.
note 3_2Perisian pantas yang terdapat pada Air Command adalah:
  • Action Memo – Penggunaan yang paling asas untuk S Pen adalah untuk tulisan nota atau memo, tetapi nota dan memo ini boleh terus digunakan sebagai contoh anda sedang berbual di talian dan rakan anda memberi nombor telefon barunya serta merta anda boleh menulis pada memo. Penggunaan memo tidak berhenti disitu, anda dapat mengunakannya untuk terus menyimpan nombor rakan anda pada senarai kenalan dan sekiranya anda menulis alamat email anda juga boleh terus email pada rakan anda dengan mudah. Begitu juga untuk menghubungi dan menulis pesanan ringkas SMS.
  • Scrapbook - Aplikasi ini untuk anda menyimpan sesuatu, sama ada sebahagian daripada laman web, imej, teks, atau video YouTube. Anda boleh menambah tag anda sendiri atau menulis nota tulisan tangan kepada setiap coretan, dan kemudian mengedit teks yang disimpan atau membuka laman web itu lagi. Aplikasi ini tidak seperti Evernote yang tidak boleh mengakses secara online tetapi sebaliknya.
  • S Finder - anda boleh mencari apa-apa sahaja sama ada huruf, perkataan atau pun simbol di dalam Note 3 anda, dan ia dapat mencari bukan sahaja untuk gambar, muzik, dan nama tetapi juga dengan tarikh atau tag. Dan membolehkan anda untuk mencari fail-fail dan aplikasi dari mana-mana sahaja dalam telefon bimbit anda
  • Screen write - ciri menangkap imej skrin penuh halaman semasa pada peranti dan membolehkan pengguna untuk menulis komen atau maklumat tambahan ke imej yang ditangkap.
  • Pen Window - membolehkan pengguna untuk menggunakan S Pen bukan sahaja untuk melukis lakaran atau menulis nota, tetapi kini juga untuk membuka tetingkap aplikasi kecil untuk pengalaman multitasking sebenar. Hanya dengan melukis tingkap pada skrin, pengguna dengan mudah dan cepat boleh membuka tetingkap aplikasi lain seperti kalkulator, YouTube atau pelayar tanpa berhenti aktiviti semasa pada skrin. Anda boleh minimize dan ia menjadi ikon kecil terapung di atas skrin tanpa mengganggu.
Multi Window - anda boleh membahagikan skrin pada separuh di antara dua aplikasi. Pada Note 3, lebih banyak aplikasi menyokong Multi Window. Anda boleh seret dan lepaskan (Drag and Drop) gambar antara dua aplikasi dengan mudah.
Multi-Vision - anda boleh melakukan perkongsian video dan memainkan bersama rakan anda. Menariknya ia boleh menjadikan paparan besar apabila meletakkan peranti bersebelahan mengunakan perisian Group Play.

KAMERA DAN SKRIN

Kamera utama Note 3 pada 13 megapiksel dengan LED flash dan kamera hadapan 2 megapiksel BSI sensor dengan Smart Stabilization. Peranti ini mempunyai kamera mod yang sama seperti Galaxy S4 seperti Dual Camera, Drama Shot, Sound & Shot, dan lain-lain.

Prestasi grafik Nota 3 amat baik kerana paparan Full HD Super AMOLED dengan warna 16M dan kedalaman warna 24 -bit. Dengan skrin 5.7 inci besar pada resolusi HD 1920 x 1080. Yang memberikan kepadatan piksel bertaraf tinggi. Skrin sentuh yang sangat peka dan sensitif. Sedikit berkaitan dengan reka bentuk Note 3, seperti yang dijelaskan pada belakang peranti bertekstur seperti kulit dan diberikan kesan jahitan pada tepi kelihatan asli. Ditambah pula dengan rim logam disekeliling.

note 3_1

KESIMPULAN

Bagi pembeli yang inginkan telefon yang lebih besar dan tablet pelbagai guna Samsung Galaxy Note 3 adalah pilihan tepat. Dengan harga RM2399 adalah agak mahal tetapi anda dapat peranti dua dalam satu telefon dan tablet. Lebih menarik lagi sekiranya Samsung Galaxy Note 3 di gabungkan bersama Galaxy Gear yang berharga RM999. Anda boleh membuat pilihan untuk mendapatkan Note 3 ataupun Gear pada mana-mana syarikat telekomunikasi yang menawarkan pada harga yang lebih rendah.

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Kelebihan Samsung Galaxy Note 3”

Leave a Reply


6 − 1 =

Plugin from the creators ofBrindes :: More at PlulzWordpress Plugins